Mengenai Kami

   Qaseh D'Lyana katering telah beroperasi semenjak tahun 2009 dan pelbagai pengalaman telah kami lalui bagi memberikan servis perkhidmatan yang terbaik dan menyajikan makanan yang berkualiti kepada pelanggan kami. Berpusat di Rumah Kelab Klebang Putra Mk Land, kami juga diberi kontrak bagi mengendalikan Cafe Putra dan menyediakan makanan tengahari kepada penduduk sekitar.

    Kini kami mempunyai sebilangan pekerja yang efisyen dan berdedikasi dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan. Setiap pekerja diberi pengetahuan tentang asas-asas pengendalian makanan serta etika melayan pelanggan yang baik kerana kami tahu setiap tetamu inginkan layanan yang baik dan mesra.

      Kami mengalu-alukan kepada semua bakal pelanggan yang berminat untuk berurusan dengan kami supaya mencuba dahulu makanan yang kami sajikan (Test Food). Kami tidak akan menghampakan anda. Salam hormat daripada kami...